salam mwbers... seperti yg di janjikan
saya akan berikan sedikit tips tentang bagai mana belajar gitar dgn cepat.. okeh
langsung saja saya jelaskan
tips 1= sebenarnya tips yg ini sudah saya bahas di post saya yg sebelum ini.. salah satu cara pandai memainkan gitar dgn cepat adalah anda mesti ada yg mengajar
tpi tak semestinya anda mesti ambil kursus gitar
yg saya maksudkan adalah anda mesti mencari seseorg yg sudah qatham tentang gitar atau dgn kata lain
dia tuh memang dah tahu tentang cord2 gitar..
tips 2= benda penting yg anda mesti pelajari adalah
cara adjust tali gitar anda
memang tidak saya nafikan masih banyak kawan2 diluar sana yg sudah pandai bermain gitar
akan tetapi tidak tahu cara memperbetulkan bunyi tali gitar
dan apa bila tali gitar mereka sumbang perkara yg mereka lakukan adalah mencari org yg pandai dan suruh org itu memperbaiki
perkara ni sudah banyak kali saya temui
saya akan bagi tips cara memperbaiki bunyi tali gitar..
pertama anda adjust dulu tali yg paling besar tu (no.6)
adjust hingga anda rasa bunyinya sudah tidak sumbang
siap?
hah sekarang adjust yg (no.5)
opss cara adjust no.5 bukan mcm no.6 hhehe
mcm ni
cari titik putih pada sisi atas gagang gitar anda
pilih titik yg paling pertama sekali
tekan tali no.6 tepat pada titik putih itu
lalu petik tali no.6 dan no.5 secara bersamaan
nah sekarang telinga anda mesti berkerja keras sikit
saat anda petik no.6 dan no.5
anda mesti dengar dgn teliti bunyi yg di hasilkan pada tali yg anda petik
bila bunyi no.6 dan no.5 adalah sama
menandakan kedua dua tali itu sudah oke
namun bila bunyi no.6 dan no.5 berbeda
maknanya anda harus adjust no.5
okeh petik kedua dua tali mcm biasa
dan anda fokus dgr pada bunyi tali no.5
jika bunyi no.5 lebih tinggi atau lebih rendah dari no.6
«jika lebih rendah»
adjust tali no.5 dgn cara pilih pemutar utk adjust yg ada di hujung gitar itu dan pilih pemutar utk tali no.5
adjust perlahan-lahan dan setiap kali anda adjust anda check kembali bunyinya dgn cara mcm yg saya ajar tadi
adjust sampai bunyi tali no.6 dan no.5 menjadi sama
dan begitulah juga cara adjust tali no.4.3
opss.. cara adjust tali no.2.1 itu berbeda sikit
bedanya cara adjust no.2.1 adalah terletak pada titik.
anda jangan tekan pada titik tetapi tekan pada sebelah kiri titik tersebut
tips 3= ketika belajar gitar
sila lembutkan badan anda
sebab ini sangat berpengaruh pada petikan anda..
ketika badan anda keras atau tegang
bunyi petikan anda terkadang akan menjadi menjadi sumbang dan perkara paling teruk adalah ia boleh menyebabkan tali gitar anda cepat putus
tips 4= saya sarankan anda pastikan tangan anda bersih dari minyak sebelum bermain gitar
sebab minyak dapat menyebabkan tali gitar anda cepat sumbang atau mati
tips 5= tak lupa saya sertakan video utk anda pelajari
DOWNLOAD
sekian dulu tips gitar dari saya
next post : kode rahsia hp nokia (full info)
PERHATIAN :jika terdapat kekurangan pada blog ini atau sebarang tambah dari anda, motivasikanlah aku dgn kata yg membina. . Sebarang komen yg berunsur lucah.spam.kata makian.hanya simbol dan kurang dari 15 huruf minta maaf akan dipadam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Response to "tips gitar dan video belajar "RIAN""
Catat Ulasan